ISO 9001:2008 mempunyai lapan klausa kesemuanya. Klausa yang lebih penekanan ialah klausa 4 hingga 8. Berikut huraian klausa 1 dan 2.
Klausa 1: Skop
Organisasi perlu menetapkan skop piawaian ISO 9001 yang dilaksanakan ke atas aktiviti dan PROSES apa dan yang merealisasikan PRODUK apa. Contohnya;
"Mengilang dan memasarkan lampu kegunaan umum."
"Merekabentuk, mengilang dan memasarkan alat-alat tulis."
"Merekabentuk, mencetak dan mengedarkan risalah iklan."
"Mendidik, melatih dan melayakkan pelajar dalam bidang diploma sains komputer."
Dengan mengambil contoh pertama, jika skop ditetapkan untuk "Mengilang dan memasarkan lampu kegunaan umum", sistem pengurusan kualiti akan ditetapkan, didokumentasikan, dilaksanakan dan dipantau ke atas aktiviti yang disebut sahaja dan bukan untuk seperti contoh, "memasangkan lampu" atau produk lain contohnya "lampu suluh".
Klausa 2: Rujukan normatif
Klausa ini menyebut piawaian yang dijadikan rujukan setara atau rujukan muktamad iaitu ISO 9000 ke atas ISO 9001 mahupun dokumen lain yang mengandungi definisi seperti makna di dalam kamus.
Lihat selanjutnya klausa 3: Terma dan definisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
terima kasih di atas perkongsian yg padat dan terperinci ini...sangat2 mmbantu tuk memahami klausa ini.....diharap dapat mempercepatkan post tuk klausa seterusnya...:)
Post a Comment