Kongsi Ilmu

Kongsi ilmu dan pengalaman bersama.

Latihan

Tingkatkan kemahiran dengan latihan.

ISO 9001:2008

Piawaian antarabangsa sesuai untuk semua jenis perniagaan.
 

Tentang Saya


Saya adalah pemastautin negeri Pulau Pinang, berpengalaman lebih kurang 8 tahun di dalam pengurusan kualiti mengikut piawaian ISO 9001.  Saya juga seorang ibu kepada dua orang anak dan suami saya juga bekerja di salah sebuah kilang di sini.  Minat saya di dalam bidang ini sangat mendalam dan sering mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran saya agar dapat meningkatkan pembangunan diri dan sistem kualiti di kilang saya.  Namun, kebanyakan sumber di luar sana termasuklah Internet adalah di dalam Bahasa Inggeris.  Saya fasih dalam Bahasa Inggeris tetapi saya ingin menumpukan perkongsian ilmu saya melalui Bahasa Malaysia/Melayu khusus untuk rakan-rakan di Malaysia selain daripada hendak fokus kepada praktis ISO 9001 dari sudut pandangan dan senario tempatan.

Syarikat di mana saya berkhidmat ialah di dalam industri sederhana saiz dimiliki penuh orang tempatan bertempat di Pulau Pinang.  Akan tetapi, dengan sukacitanya saya baru saja ditawarkan bekerja di salah sebuah MNC yang juga melaksanakan Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) mengikut ISO 14001.  Saya akan bermula bekerja di sana pada hujung bulan Mei 2011.
 

Saya akan terus berkongsi dan memuatkan posting dalam kedua-dua bahasa kerana tau-tau sajalah :) banyak juga perkataan dan frasa yang tak sesuai dalam BM.

Saya ingin mendalamkan lagi ilmu di dalam bidang ini dan pada masa yang sama, ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada melalui latihan korporat (corporate training).  Saya adalah seorang pengurus QA buat masa sekarang tetapi bercita-cita untuk mengajar/melatih dalam bidang Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management) secara sepenuh masa.

Dalam kesibukan saya juga harap dapat memuatkan perbincangan dalam bidang berkaitan seperti 5S, 7 Alat QC dan lain-lain.  Semoga anda melanggan (subscribe) dengan blog ini dan sebarkan dengan rakan-rakan anda. 

Salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...