Dengan rasminya perletakan jawatan, bernotiskan dua bulan dari syarikat saya sekarang, maka giatlah aktiviti mencari pengganti. Saya amat berharap pihak syarikat dapat mencari pengganti dengan segera. Hampir-hampir nak katakan kalau macam mi segera pun bagus tapi hakikatnya mencari pengganti yang sesuai tidak semudah itu. Bagaimana sukarnya saya hendak mencari jawatan di syarikat lain, sama juga sukarnya hendak mencari pengganti saya kerana isu bidang pendidikan yang sesuai. Saya berkelulusan ijazah dalam kejuruteraan awam dan di Penang ini, rata-ratanya yang berkelulusan seperti itu bekerja dengan syarikat binaan, pembangunan atau konsultansi.
Saya baru melihat beberapa resume yang masuk. Ini bukan pertama kali saya menyaring resume kerana dahulu pernah kami giat mencari QC Inspector. Akan tetapi untuk kes mencari pengganti saya yang seharusnya sekurang-kurangnya menjawat jawatan QA Executive atau QA Engineer, memang harapan itu hendak melihat resume-resume yang mantap, profesional dan hampir sempurna. Malangnya, banyak resume yang sampai benar-benar menghampakan. Kenapa? Tak perlu pun kita sebut pasal kelayakan, pengalaman atau kemahiran, mari kita lihat kelemahan-kelemahan resume yang biasa tetapi kritikal.
Copy paste dari Jobstreet dan lain-lain.
Kalau ya pun nak copy paste, jangan buat ketara sangat. Format laman mencari pekerjaan biasanya ada format tersendiri. Pertama, ia nampak sangat yang anda malas dan sambil lewa mengarang resume. Kedua, format tersebut tidak fleksibel dan menghadkan apa yang resume anda boleh dan harus ada.
Menggunakan gambar yang tidak sesuai.
Mari kita sebut tentang resume bidang industri (jadi tak perlu sebut pasal resume dalam bidang hiburan). Tak semestinya menggunakan gambar dari MyKad, passport atau lesen memandu. Biasanya gambar-gambar tersebut membosankan dan tidak semestinya menggambarkan diri anda yang sebenar. Agak terkejut kadang-kadang gambar nampak macam tahanan lokap pun ada. Saya pernah melihat gambar dalam resume yang muka monyok lalu saya pun tak ada hati nak layan resume itu. Kesilapan lain ialah, hanya memakai T-shirt berkolar bulat yang nampak sangat tidak profesional. Gambar yang seharusnya dikepilkan ialah gambar anda sedang senyum, nampak yakin dan berpakaian formal.
Tidak perlu pergi ke studio untuk mengambil gambar sebegini kerana zaman digital ini, anda boleh meminta kawan anda tolong ambilkan gambar. Lagipun dengan cara ini, anda boleh ambil gambar sebanyak mana anda mahu sehingga mendapat gambar yang paling memuaskan. Gunakan dinding sebagai latar. Bagi kaum wanita, bolehlah menggunakan alat solek tetapi jangan terlalu tebal sahaja. Kemudian gunakan Microsoft Word untuk crop gambar dan saizkan semula. Mudah. Kalau tahu Facebook tentu ini pun boleh buat.
Menggunakan alamat email yang unik atau lebih tepat, 'pelik'!Janganlah sekali-sekala atau semata-mata itu sahaja email anda yang wujud, janganlah letakkan alamat email hellokitty@yahoo.com, devilguy@hotmail.com atau yang berkaitan dengan bisnes MLM seperti biz_vemma@yahoo.com!! Nampak sangat anda tidak profesional, ditambahkan lagi gambar yang muka masam tadi! Wujudkan email yang menggunakan nama anda sendiri agar nampak tujuan email anda adalah untuk tujuan profesional dan beridentitikan diri sendiri dan bukan hello kitty atau doreamon.
Saya baru melihat beberapa resume yang masuk. Ini bukan pertama kali saya menyaring resume kerana dahulu pernah kami giat mencari QC Inspector. Akan tetapi untuk kes mencari pengganti saya yang seharusnya sekurang-kurangnya menjawat jawatan QA Executive atau QA Engineer, memang harapan itu hendak melihat resume-resume yang mantap, profesional dan hampir sempurna. Malangnya, banyak resume yang sampai benar-benar menghampakan. Kenapa? Tak perlu pun kita sebut pasal kelayakan, pengalaman atau kemahiran, mari kita lihat kelemahan-kelemahan resume yang biasa tetapi kritikal.
Copy paste dari Jobstreet dan lain-lain.
Kalau ya pun nak copy paste, jangan buat ketara sangat. Format laman mencari pekerjaan biasanya ada format tersendiri. Pertama, ia nampak sangat yang anda malas dan sambil lewa mengarang resume. Kedua, format tersebut tidak fleksibel dan menghadkan apa yang resume anda boleh dan harus ada.
Menggunakan gambar yang tidak sesuai.
Gambar ini menunjukkan orang ini tidak bermaya atau bersemangat. Mungkin rambutnya yang sedikit panjang masih boleh dimaafkan tetapi cuma memakai T-shirt kolar bulat. |
Siapa kata tidak boleh menggunakan gambar selain gambar passport/lesen? Contoh gambar di atas diambil dari resume profesional. Gambar tersebut bukan cantik atau profesional seperti diambil di studio tetapi tidakkah anda boleh merasakan sifat orang ini yakin dan disenangi? |
Menggunakan alamat email yang unik atau lebih tepat, 'pelik'!Janganlah sekali-sekala atau semata-mata itu sahaja email anda yang wujud, janganlah letakkan alamat email hellokitty@yahoo.com, devilguy@hotmail.com atau yang berkaitan dengan bisnes MLM seperti biz_vemma@yahoo.com!! Nampak sangat anda tidak profesional, ditambahkan lagi gambar yang muka masam tadi! Wujudkan email yang menggunakan nama anda sendiri agar nampak tujuan email anda adalah untuk tujuan profesional dan beridentitikan diri sendiri dan bukan hello kitty atau doreamon.
Kesilapan menaip dan tatabahasa
Kesilapan menaip mungkin boleh dianggap kesilapan remeh atau bukan hal besar tetapi di dalam resume, kesilapan ini adalah serius kerana boleh memberikan tanggapan kepada si pembaca yang anda cuai dan kurang teliti.
Kesilapan tatabahasa terutama bila resume dalam Bahasa Inggeris juga menunjukkan kelemahan bahasa dan kecuaian.
Tidak mengedit perenggan dengan sempurna
Misalannya semua titik bertindih (:) tidak sekata untuk setiap barisan. Ini nampak tidak kemas. Jangan pisahkan butir-butir ke mukasurat berlainan sama ada kekalkan dalam satu mukasurat atau bawakan kesemuanya ke mukasurat yang seterusnya. Gunakan font yang sesuai dan tidak lebih dari 2 (untuk tajuk dan isi kandungan).
Lihat post seterusnya - Tips Mengarang Resume
2 komen:
Dah banyak apply kerja tapi masih belum dapat panggilan interview? Penyelesaian hanya satu. Baca link di bawah.
"Rahsia Resume Power Terbongkar @ Blog Dan Duit online"
Dah banyak apply kerja tapi masih belum dapat panggilan interview? Penyelesaian hanya satu. Baca link di bawah.
"Rahsia Resume Power Terbongkar @ Blog Dan Duit online"
Post a Comment