Kongsi Ilmu

Kongsi ilmu dan pengalaman bersama.

Latihan

Tingkatkan kemahiran dengan latihan.

ISO 9001:2008

Piawaian antarabangsa sesuai untuk semua jenis perniagaan.
 

Memahami Piawaian ISO 9001:2008 – Pensijilan

Friday, March 18, 2011


Seperti yang dibincangkan di dalam post sebelumnya, pensijilan tidak dinyatakan sebagai wajib mengikut ISO tetapi bergantung kepada industri dan keperluan undang-undang di tempat masing-masing.  Sebagai contoh, pembuat konkrit pra-tuangan (pre-cast concrete) diwajibkan oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) untuk memperolehi pensijilan Piawaian ISO 9001 dari SIRIM QAS Sdn Bhd.  Banyak organisasi besar menetapkan pembekal-pembekal bahan mentah mereka, pertama sekali disijilkan, bermakna ‘kalau tak ada ISO, tak layak langsung’.
Bukan untuk memperbesar-besarkan hal pensijilan ini tetapi inilah aliran masa kini.  Namun, keadaan ini perlu dilihat secara positif iaitu dengan mengambil kira jika suatu organisasi mempunyai piawaian ini, ia membayang dan memberi gambaran tahap komitmen mereka terhadap kualiti produk mereka dan kepuasan hati pelanggan.
Piawaian ini masih boleh dilaksanakan tanpa sebarang pensijilan dari badan pensijilan.  Bezanya ialah, organisasi seperti ini tidak layak menggunakan logo badan pensijilan lalu menjadikan kepercayaan pelanggan goyah.  Pada hakikatnya, banyak organisasi sebelum melaksanakan ISO 9001 sudah pun menjalankan aktiviti-aktiviti yang disebut di dalam piawaian tersebut cuma ia dirujuk dengan gelaran lain ataupun tidak dikawal sempurna.  Contohnya ialah pemeriksaan kualiti produk dalam proses yang pada dasarnya ialah proses wajib dalam semua bidang pembuatan (tak kiralah dari membuat keropok lekor ke membuat perabot).  Dengan ISO 9001, pemeriksaan kualiti dalam proses lebih terkawal kerana kekerapan pemeriksaan, alat pengukur dan kriteria pemeriksaan ditetapkan terlebih dahulu. 
Peranan badan-badan pengiktrifan ialah mengaudit organisasi tersebut lalu mengesahkan mereka patuh dan memenuhi semua syarat-syarat di dalam piawaian tersebut.  Badan pensijilan seperti SIRIM QAS Sdn Bhd pula diaudit oleh badan pengiktiran (accreditation body) contohnya Jabatan Piawaian Malaysia (Department of Standards Malaysia) yang mengawal dan memantau badan-badan pensijilan.  Secara ringkas, si pengaudit pun diaudit.  Maka, secara mutlaknya, semua aktiviti adalah seragam dengan piawaian.
Proses Pensijilan.
Berikut adalah proses pensijilan untuk suatu organisasi
Mendapatkan konsultansi > Pelaksanaan > Memohon pensijilan > Audit dari badan pensijilan > Pensijilan jaya jika audit lulus.
Suatu organisasi boleh mendapatkan pensijilan dari lebih dari satu badan pensijilan.  Perkara ini berlaku jika: -
(a)   Organisasi sudah ada sijil dari Badan A tetapi pelanggan mendesak sijil dari Badan B. 
(b)   Organisasi ingin memenuhi keperluan pasaran tempatan dengan mendapat sijil dari badan tempatan seperti SIRIM tetapi juga ingin kelebihan di pasaran antarabangsa dengan mendapat sijil dari badan antarabangsa.

1 komen:

Unknown said...

EFR Certification Services Sdn Bhd

We are specialized agent for certifications services and consultant that give the best standard such as ISO9001:2015,
OHSAS 18001:2007, ISO 13485, ISO 22000, ISO 14001:2015, ISO 27001, ISO/TR 16949, ISO/TS 29001,
ISO 50001, MS 1900, MS 1514 (GDP), MS 1480 (HACCP) & GDPMD.

If your company need one of the above certificates, we are please to recommended and negotiate and also deal with the Certificates Body ( accredited by Department of Standard Malaysia) and Consultant that will help you prepare, repair and build your company documentations and preparations for auditing phases.

Our accredited Certification Bodies and consultant also are the panel of MARA, so for those BUMIPUTERA status company are qualified to apply under MARA Grant.

It would ease the procedure, cost and documentation of certificates .

Please Contact : 0183630629 / 03-55247177 (Noorhaliza) @ drop your email at efrcert2016@gmail.com

Selain itu kami juga menyediakan Kursus Intrepetasi HACCP, Kursus Intrepetasi GMP dan Persijilan Halal bagi usahawan kecil dan baru yang baru ingin berniaga.

Kursus ini bertujuan agar para pengusaha dan usahawan mempunyai basic knowledge atau pendedahan terharap apa itu sijil GMP, HALAL dan HACCP dan apa kelebihan dan keperluan syarikat yang mempunyai sijil ini.

Para usahawan BUMIPUTERA layak untuk memohon mengikuti Kursus kursus ini di bawah tajaan MARA.

Untuk yang bukan BUMIPUTERA , kami juga ada menawarkan harga yang berpatutan untuk mendapatkan sijil sijil diatas.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...