Kongsi Ilmu

Kongsi ilmu dan pengalaman bersama.

Latihan

Tingkatkan kemahiran dengan latihan.

ISO 9001:2008

Piawaian antarabangsa sesuai untuk semua jenis perniagaan.
 

Memahami Piawaian ISO 9001:2008 – Pengenalan

Friday, March 18, 2011

Memahami Piawaian ISO 9001:2008 – Pengenalan
Piawaian ISO 9001:2008 (kemaskini Disember 2009, sebelumnya ialah ISO 9001:2000) secara ringkasnya adalah piawaian bagaimana sistem pengurusan kualiti dilaksanakan.  Ia memberi fokus kepada kepuasan hati pelanggan terhadap produk yang diterima.  Versi 2008 menghapuskan rujukan kepada frasa ‘kepastian kualiti / quality assurance’ ke ‘keperluan  produk / product requirement’ lalu menyeluruhkan lagi aspek kepuasan pelanggan terhadap produk yang tidak terhad kepada ‘kualiti’ sahaja.  Ini termasuklah, kaedah penghantaran, kuantiti, pembungkusan, perkhidmatan pelanggan, tuntutan jaminan dan sebagainya.
Ia adalah piawaian antrabangsa menurut International Organization for Standardization (ISO).  Di mana sahaja kita pergi, sudah tentu kita akan mendengar piawaian ini, tidak kiralah syarikat swasta atau jabatan kerajaan.  Ini adalah kerana piawaian ini boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang mempunyai produk dan pelanggan.  Produk juga termasuk perkhidmatan dalam apa juga bentuk. 
Mari kita kaji sifat-sifat sejagat piawaian ini terlebih dahulu: -
1.     Ia tidak menghapuskan masalah kualiti (seperti mengurangkan jumlah produk reject) tetapi memperbaiki sistem pengurusan kualiti sebelum adanya piawaian tersebut.  Peningkatan kualiti produk adalah kesan ataupun by-product menlaksanakan piawaian tersebut.
2.     Boleh diaplikasikan untuk semua jenis perniagaan tidak kira saiz.
3.     Boleh dilaksanakan tanpa pengiktirafan rasmi.  Pengiktirafan tidak dinyatakan sebagai wajib mengikut ISO tetapi bergantung kepada industri dan keperluan undang-undang di tempat masing-masing.  Banyak organisasi diiktirafkan kerana diwajibkan oleh undang-undang tetapi banyak juga yang diiktirafkan sebagai alat pemasaran tetapi secara idealnya ia dilaksanakan untuk tujuan meningkatkan taraf produk dan perkhidmatan.
4.     Menyatakan APA yang perlu dipenuhi dan bukan BAGAIMANA untuk memenuhinya – menjadikan piawaian ini mudah diadaptasi mengikut kesesuaian mereka dan tidak dihadkan oleh kaedah-kaedah tertentu.
5.     Meliputi hampir semua pengurusan sebuah organisasi KECUALI pengurusan kewangan.
6.     Diaplikasikan di merata dunia tidak kira bahasa, budaya dan politik.  China mempunyai pengiktiran yang terbanyak di dunia, lebih kurang 250,000, diikuti dengan Itali iaitu 130,000 mengikut statistik pada tahun 2009.
Oleh itu, kita dapat lihat yang piawaian ini diketahui ramai dan sesuatu yang hampir wajib untuk organisasi berasaskan produk-pelanggan.  Tak perlu risau jika anda pertama kali mendengarnya.  Saya akan memimpin anda melalui blog ini.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...